Sistem Pembelajaran
SISTEM PEMBELAJARAN
MASA DAN HARI BELAJAR
Hari belajar ditetapkan sebanyak lima hari semingu ( ahad – khamis ). Tiap-tiap hari selama 9 jam dengan kiraan satu jam bagi setiap satu masa (hissah). Jadual pelajaran bermula selepas subuh sehinga waktu sembahyang asar dan disambung semula satu hissah selepas maghrib. Di samping itu, diadakan jadual khusus bagi beberapa kegiatan jasmaniah, aqliah dan rohaniah.
Kegiatan rohaniah umpama:
Ø Ibadat solat lima waktu berjemaah diimamkan oleh guru atau pelajar seccara bergilir-gilir.
Ø Solat tahajjud dan dhuha, bertahlil, solat jenazah, membaca yasin pada malam jumaat dan sebagainya.
Kegiatan aqliah seperti;
Ø Bermuzakarah secara berkelompok dengan seorang ketua bagi setaip kelompok
Ø Usrah dikalangan pelajar.
Ø Mengadakan kuliah sebeum solat jumaat dan khutbah jumaat secara berjadual.
Ø Bermuthalaah dan menghafaz pelajaran secara bersendirian di masa lapan.
Kegiatan jasmaniah;
Ø Latihan askar wataniah selama sebulan sekali
Ø Bersukan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping-pong dan lain-lain.
Kurikulum
Sukatan pembelajaran pusat pengajian pondok adalah mengikut kitab-kitab pondok tradisional tetapi diiktiraf oleh universiti al-azhar. Corak pengajian adalah mengikut system talaqqi yang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu di pondok-pondok dan di masjidil haram, makkah.
Pelajar akan duduk secara bersila atau diatas kerusi denga mengelilingi tuan guru sambil memerhatidan memahami bacaan kitab dan syarahan daripada beliau. Penggunaan alat Bantu mengajar separti papan hitam, risalah-risalah dan sebagainya turut berperanan dalam memberi kafahaman kepada pelajar.
